Kursus Asas Perniagaan eUsahawan 2019
18 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPI Bekenu telah mengadakan Kursus Asas Perniagaan eUsahawan di mana anjuran kursus ini merupakan kolaborasi bersama dengan MDEC. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan, PI Bekenu. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan tempatan mengenai aspek Perniagaan Digital dan Online Marketing yang sangat diperlukan dalam zaman bisnes masa kini. Seramai tujuh (7) peserta telah mengikuti kursus ini di mana semua peserta telah diajar mengenai Mindset Usahawan, Facebook & Instagram for Business, Search Engine Optimization (SEO) & Google Trend, Basic Graphic Design (Canva) dan Copywriting Techniques.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: